brutal

brutal

Tuesday, January 24, 2012

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT.........

renungan untuk semua.....:


Setelah meneliti keadaan semasa, saya fikir, mungkin ada baiknya jika SJ memaparkan khutbah-khutbah Jumaat yang difikirkan sesuai dan menarik untuk dikongsi bersama. Khutbah di bawah saya dapati dari website rasmi Jabatan Agama Islam Selangor. Selamat membaca.



Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan hidup kita sentiasa berbahagia di dunia dan di akhirat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT

Tanggungjawab mencegah kemungkaran dan maksiat merupakan satu kewajipan yang telah ditentukan oleh Islam. Kewajipan ini sebenarnya adalah suatu tugas yang berat dan tidak mungkin dapat dilaksanakan oleh sembarangan orang melainkan hanya orang-orang yang mempunyai kekuatan iman dan keberanian sahaja. Berani berkata benar dan berani menunjukkan yang salah walau kepada sesiapa pun. Mereka tidak takut dicela atau ditempelak oleh manusia dalam usaha menegakkan perkara yang benar dan melenyapkan perkara yang salah. Bagi mereka itulah kebaikan yang hakiki di dalam hidup ini. Firman Allah SWT. di dalam surah Al-Isra’ ayat 81 ;

“Dan katakanlah: Yang benar telah datang dan yang batil telah terhapus”. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti akan terhapus”.

Seperkara yang harus difahami oleh kita sebagai umat Islam ialah kita seharusnya memahami hakikat penciptaan manusia dan menyedari bahawa kita dilahirkan adalah untuk menjadi pemimpin di atas muka bumi Allah SWT ini, sepertimana firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah ayat 30 yang bermaksud:

“Dan ketika Tuhanmu berkata kepada para malaikat, sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di atas muka bumi ini”.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Tanggungjawab manusia sebagai khalifah di muka bumi ini adalah meletakkan Islam di tempat yang tertinggi dan melaksanakannya menurut sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT. Pendaulatan Islam tidak akan berlaku melainkan dengan terlaksananya amar makruf nahi munkar di kalangan manusia. Firman Allah SWT. di dalam surah Ali ‘Imran ayat 104 ;

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah perkara yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung”.

Prof. Dr. HAMKA di dalam Tafsir Al-Azhar menjelaskan pentafsiran ayat tadi dengan katanya:

“Dengan adanya amar makruf, kemungkaran dapat dibendung dan yang makruf dapat dialirkan terus, sehingga umat Islam menjadi pelopor kebajikan di dunia ini“.

Di dalam ayat ini juga Allah SWT telah menetapkan bahawa tugas menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran bukan sahaja terletak di bahu pemerintah, bahkan ia merupakan satu kefardhuan yang diwajibkan ke atas setiap umat Islam. Apabila hukum ini diketepikan maka akan berdosalah seluruh umat itu.

Tugas berdakwah, menyeru manusia ke jalan Allah dan menjauhi kemungkaran adalah tugas semua umat Islam. Namun tugas ini menjadi lebih utama kepada golongan ulama’ atau orang-orang yang berilmu. Ini adalah kerana mereka dianggap sebagai golongan yang paling layak mewarisi tugas-tugas para nabi dan rasul iaitu membimbing manusia ke jalan kebaikan.

Tugas amar makruf nahi munkar, terutamanya dalam soal pencegahan maksiat amat penting dilaksanakan supaya umat Islam terlepas daripada bala bencana yang diturunkan oleh Allah SWT. Dalam sejarah telah tercatat, pernah seorang sahabat, Ibnu Abbas r.a. bertanya kepada Rasulullah S.A.W:

“Adakah binasa sesebuah kampung itu walaupun di dalamnya terdapat orang-orang soleh? Rasulullah s.a.w. mengatakan bahawa, disebabkan mereka memandang mudah dan berdiam diri tanpa melarang perbuatan menderhakai Allah, maka Allah perintahkan malaikat supaya menterbalikkan kota itu ke atas penduduknya”.

Begitulah pentingnya tanggungjawab amar makruf nahi mungkar, di mana apabila mereka gagal melaksanakannya maka seluruh umat Islam akan ditimpa bala bencana oleh Allah SWT.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Kewajipan mencegah kemungkaran dan maksiat juga menjadi suatu keutamaan kepada mereka yang mengetahui kemaksiatan itu berlaku, apatahlagi apabila mereka melihatnya. Betapa beratnya tanggungjawab mencegah perkara-perkara mungkar sehingga dijelaskan akibat yang akan berlaku sekiranya perkara-perkara maksiat itu dibiarkan terus berleluasa. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Daripada Mujahid beliau berkata: telah dikhabarkan kepadaku oleh hambaku bahawa beliau telah mendengar ‘Adi berkata: Aku telah mendengar bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

“Sesungguhnya Allah tidak menyeksa orang ramai dengan perbuatan orang-orang yang tertentu sehingga mereka melihat kemungkaran itu berlaku di hadapan mata mereka, sedang mereka berkuasa untuk menghalangnya tetapi mereka tidak mahu menghalangnya, apabila berlaku yang demikian itu, maka Allah menyeksa orang yang melakukan kemungkaran termasuklah orang ramai”.

Membiarkan perkara mungkar dan maksiat berleluasa tanpa ada sebarang ikhtiar untuk mengekang dan membendungnya, akan menyebabkan kemurkaan Allah SWT serta penurunan azab dari-Nya, ini digambarkan di dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Tidaklah sesuatu kaum melakukan maksiat, sedangkan terdapat di kalangan mereka orang-orang yang mulia dan mampu menegah serta mengubahnya, tetapi mereka tidak menegah dan mengubah, nescaya Allah akan menimpakan azab secara menyeluruh kepada mereka”.(Riwayat Ahmad)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

Rasulullah s.a.w. telah bersabda di dalam sebuah hadith;

“Barangsiapa di antara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya (kekuasaannya), jikalau tidak berkuasa hendaklah mencegah dengan lisannya, jikalau tidak berkuasa juga, hendaklah mencegah dengan hatinya (membenci kemungkaran itu), dan ini adalah selemah-lemah iman.”

Berdasarkan hadis di atas dapatlah disimpulkan bahawa sesuatu kemungkaran dan kemaksiatan itu boleh ditegah melalui tiga cara iaitu;

Pertama: Mencegah dengan tangan, iaitu dengan kekuatan atau kekuasaan.

Kedua: Mencegah dengan lidah, iaitu dengan teguran atau nasihat.

Ketiga: Mencegah dengan hati, iaitu hati kita merasa benci dan tidak redha dengan kemaksiatan tersebut.

Pencegahan terhadap perbuatan mungkar dan maksiat menerusi hati merupakan selemah-lemah iman. Jika tidak ada sedikit pun di dalam hati seseorang perasaan benci terhadap kemungkaran dan kemaksiatan tersebut, maka itu adalah tanda seseorang itu telah tiada imannya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah;

Tanggungjawab mencegah perkara-perkara maksiat tidak boleh dipandang remeh dan dicuaikan. Ianya mestilah dijalankan dalam semua peringkat masyarakat, bermula dari diri, keluarga, masyarakat hinggalah negara.

Seorang suami yang merupakan ketua keluarga mempunyai kuasa terhadap anak dan isterinya. Suami berkewajipan mengajak anak dan isterinya ke arah kebaikan dan apabila mereka melakukan maksiat, wajiblah ditegah dan diambil tindakan yang sewajarnya. Firman Allah SWT di dalam surah At -Tahrim ayat 6;

“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya adalah manusia dan batu (berhala); penjaganya terdiri daripada para malaikat yang kasar, keras dan mereka tidak menderhakai Allah, setiap apa yang diperintahkan kepada mereka sudah pasti mereka akan melaksanakannya”.

Perintah ini menjelaskan tentang kewajipan setiap individu menghindarkan dosa dan maksiat yang boleh menjerumuskan mereka dan keluarga mereka ke dalam azab api neraka. Usaha memperbaiki diri dan keluarga, mendekatkan diri kepada Allah dan mencegah dari segala bentuk kemungkaran mestilah dilakukan oleh setiap orang yang beriman.

Apa yang penting ialah kita mesti memulakannya dari diri kita dan keluarga kita terlebih dahulu kerana kaedah itulah yang dikehendaki Allah SWT dan dapat dicontohi daripada Rasulullah s.a.w. Janganlah kita hanya menuding jari kepada pihak-pihak lain sahaja apabila berleluasanya kemungkaran dan maksiat, sedangkan di dalam keluarga kita masih ada yang tidak menjalani kehidupan menurut apa yang dituntut oleh Islam. Isteri mendedahkan aurat dan tidak taat kepada suami, anak-anak bergaul bebas dengan orang yang bukan muhrimnya dan lain-lain lagi. Ini semua adalah kemungkaran yang perlu dicegah.

Pada masa yang sama pihak berkuasa atau pemerintah dan juga penguatkuasa agama, wajib melaksanakan amar makruf nahi mungkar dalam masyarakat dan negaranya kerana mereka memiliki kekuasaan. Setiap kebaikan yang dilakukan oleh masyarakat hendaklah disokong dan segala kemungkaran serta maksiat hendaklah dibanteras hingga ke akar umbi.

Guru-guru, ulama’ dan pendakwah wajib melaksanakan amar makruf nahi mungkar dengan bersungguh-sungguh dengan membimbing masyarakat agar jiwa mereka terdedah dengan ketaatan dan patuh kepada Allah SWT.

Amat menyedihkan sekali apabila kita dapati sejak kebelakangan ini, berbagai kemungkaran telah berlaku di hadapan mata kita. Gejala maksiat berleluasa dalam masyarakat di semua peringkat umur khususnya golongan muda mudi. Keruntuhan akhlak dan moral, pergaulan bebas, perzinaan, rogol, bersekedudukan dan berbagai-bagai kemungkaran yang sukar dibendung.

Kemungkaran dan kemaksiatan ini perlu ditangani dengan sebaik mungkin dan ini adalah tanggungjawab masyarakat Islam, tanggungjawab kita bersama. Masyarakat awam tidak boleh membiarkan maksiat berlaku di hadapan mereka. Sekiranya tidak mampu adukanlah kepada pihak berkuasa, yang mampu mestilah mencegahnya dengan apa cara sekalipun dengan tidak melanggar batasan undang-undang. Tidak ada seorang pun yang terlepas dari tanggungjawab ini. Sabda Rasulullah s.a.w. riwayat Ad-Dailami yang bermaksud:

“Akan berlaku di akhir zaman satu kaum di mana mereka yang diberi kuasa, lalu mereka berhukum bukan dengan hukum Allah. Dan mereka tidak mencegah (maksiat yang berlaku) maka wajib ke atas mereka mendapat laknat Allah”. (Rujukan Minhajus Solihin ms.415)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT sekalian,

Marilah kita berganding bahu melaksanakan amanah Allah untuk menyeru perkara yang makruf dan mencegah kemungkaran. Marilah kita rebut setiap ruang dan peluang yang ada untuk meninggikan dan memartabatkan hukum Allah di dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara kita.

“Dan juga orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun terhadap dosa mereka dan sememangnya tidak ada sesiapa yang boleh mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedangkan mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)”. (Ali ‘Imran: 135)

Wednesday, January 18, 2012

INGAT LAH WAHAI SAHABAT......



khas buat mereka yang sedang atau baru berjinak untuk bercinta termasuk juga rakan-rakanku

Alahai bestnya bercouple. Pagi petang siap malam asyik rindukan Si dia aje. Nak makan teringat kat dia, nak tidur teringat kat dia dan masa dalam sembahyang pun asyik teringat kat Si dia. Kalau budak U pulak, masa dalam dewan kuliah pun teringat kat Si dia. “Daydreaming” sentiasa. Mata tengok pensyarah yang mengajar, tapi otak entah kat mana. Tengok pensyarah macam nak tembus! Tak berkelip! Kalau bab sms jangan cerite la, tiap-tiap hari topup, sampai tak ada duit nak makan. Maggi jugak la sasarannya.

Inilah biasanya antara sindrom dari 1001 sindrom orang yang bercinta atau bercouple. Mabuk cinta, namun setakat mana potensi cinta ini dapat dimajukan, bertahan? Ada orang kata, abang cinta sayang sepenuh hati abang sampai ke mati!

Betul ke kata-kata ni? Boleh percaya ke? Kalau tanya orang yang bercinta dia kan kata “confirm” 110% betul! Tapi kalau tanya orang yang dah pernah lalui zaman percintaan dan telah berumah tangga, agak-agak apa yang diorang cakap? Eleh,itu dulu sekarang lain.
Mana tak lainnye, dulu badan si Dia, macam model tapi bila dah kahwin, badan macam ahli Sumo Jepun. Kulit muka pun tegang, gebu, tapi bila dah berumur paham-paham saja la. Inilah malangnya bagi pasangan yang cintanya diikat atas dasar rupa paras,harta dan keduniaan. Bila semua ini telah tiada, maka cintanya pun mengalami nasib yang sama, sedih, tiada kejujuran.

Sebab tu lah nabi SAW kita ada bagi panduan dan jaminan untuk kita dalam mencari teman 

hidup. Kalau kita ikut panduan ini,pasti bahgia tapi atas keyakinan seseorang tu jugak. Bagi mereka yang yakin pada janji Allah SWT dan rasulnya, sudah pasti tiada keraguan dalam hatinya untuk dia mempercayai garis panduan ni.


Nabi SAW ada bersabda, dinikahi seseorang itu atas empat perkara:
1. Kerana kecantikannya.
2. Kerana hartanya.
3. Kerana keturunannya.
4. Kerana agamanya.
Pilihlah agamanya, nescaya kamu kan BAHAGIA
Garis panduan ni tak semestinya untuk lelaki saja untuk cari pasangan,tapi perempuan pun 
boleh guna untuk cari pasangan hidup. Tapi biasanya bila hati sudah berkenan, semua ditolak ketepi. Kalau Si dia ada perangai yang tak elok pun,dia akan kata, tak apa aku akan bimbing dia. Atau pun kalau perempuan pulak dia akan kata, harap-harap abang akan berubah selepas kahwin dengan sayang nanti. Biasanya lelaki susah nak berubah lepas kahwin. Cinta itu Buta.

Kenapa bercinta?
Kalau tanya pada mana-mana yang tengah bercinta, biasanya dia orang akan kata, mestilah kami bercinta untuk berkahwin satu hari nanti. Sebab itulah ada sesetengah pasangan yang bercinta, sanggup curahkan segalanya pada pasangannya. Ada yang lebih teruk serahkan tubuhnya sekali. Setiap kali berdating, dibiarkan saja tangan si lelaki merayap ke seluruh badan dan lain-lain pada badannya sewaktu dengannya. Berdosa! seolah-olah anda telah menempah neraka bertaraf 5 bintang masa kat dunia lagi! (Mohon keampunan pada Yang Maha Pengampun).


Ada juga beberapa perkara yang kita tak sedar yang benda tu salah sepanjang kita bercouple.Terlalu banyak benda yang salah. “TEPUK DADA TANYA IMAN”.
Allah SWT telah berfirman dalam sebuah ayat, janganlah kamu MENGHAMPIRI zina!
Dalam ayat ni Allah SWT telah sebutkan, perkataan bahasa arab “la takrabu “ yang bermaksud jangan hampiri. Hampiri pun Allah SWT dah larang. Bak kata perpatah, “Mencegah itu lebih baik dari mengubati” Jadi bercouple ni pun boleh termasuk dalam kategori menghampiri zina jugak. Buktinya, mula-mula bertanya khabar, kemudian mengadu masalah masing-masing, saling rindu merindui, berjumpa pasangan dengan ditemani kawan, jumpa seorang diri, jalan sama-sama,jalan pegang tangan, jalan pegang pinggang dan akhirnya, semua benda habis dipegangnya. Semua ni tak mustahil boleh belaku. Kalau tak buat semua pun,mesti ada yang buat mana-mana satu.

Peringatan!
Anda yang bercouple jangan ingat pasangan anda itu “cofirm jadi teman hidup anda”. Ini kerana, Allah SWT dah janji dalam Al-Quran, “YANG BAIK HANYA BUAT MEREKA YANG BAIK”. Kadang-kadang tu,kita dah rasa yang pasangan kita tu memang terbaik untuk kita, tapi Allah SWT lebih tahu siapa dia di sebalik tabir. Mungkin perangai depan kita lain, belakang kita lain. Macam kita selalu buat pada pasangan kita jugak.Kita selalu tunjukkan yang diri kita terbaik depan pasangan kita. Macam berlakon gitu. Jadi Allah SWT akan temukan pada orang yang lebih sesuai dan adil pada dia. Tak perlulah anda nak bersusah payah cari yang terbaik untuk diri anda, tapi pastikan diri anda cukup baik untuk dikurniakan seseorang yang baik untuk menemani hidup anda.


Kadang-kadang tu, orang yang kita benci itulah akan menjadi teman hidup kita, anda mesti pernah dengar cerita macam ni kan?. Mungkin disebabkan orang yang kita benci tu ada perangai yang sama dengan kita jadi dialah yang layak untuk kita. Sifat Maha Mengetahui Allah SWT tu mengatasi pengetahuan manusia yang lemah.

Allah SWT akan jodohkan pada orang yang benar-benar sesuai untuk kita. Kalau kita ni jenis 
perempuan yang suka bermessage dengan ramai laki, tak mustahil kita akan dapat teman lelaki yang suka message dengan ramai perempuan jugak. Kita mana tahu. Macam itulah jugak kalau kita ni jenis menjaga akhlak dan hati, insyallah kita akan dapat yang sama macam kita. Janji Allah SWT itu pasti. Dia Maha Adil. Isteri yang baik hanya untuk suami yang baik!
Ingat bagaimana peribadi anda dan pasangan anda sekarang akan menentukan bagaimana peribadi anak-anak anda pada masa akan datang. Bak kata perpatah, “Kalau ayah kencing berdiri,anak kencing berlari-lari”. Kesimpulannya,dua baka pokok yang buruk akan menumbuhkan buah-buahan yang buruk lagi tak sedap dimakan. Manakala dua baka pokok yang berkualiti akan menumbuhkan buah-buahan yang baik lagi enak dimakan dan bermanfaat untuk orang ramai.

Jika dirimu inginkan wanita sehebat Fatimah Az-zahrah, maka pastikan diri mu juga sehebat Saidina Ali.Doalah:

“Ya Allah, kalau dialah yang ditakdirkan untuk diriku,maka simpanlah perasaan cintaku padanya 
ini hingga tiba masanya dan selamatkan kami dari murkaMu”. Namun, jika dia bukanlah yang ditakdirkan untuk diriku,maka berikanlah kekuatan kepadaku untuk ku lempar perasaan cinta ini, jauh ke langit. Semoga perasaan cintaku ini dapat ku curahkan pada seseorang yang benar-benar ditakdirkan untuk diriku”. “Ya Allah, janganlah Kau jadikan seseorang tu leka disebabkan diriku”. Amin.



Saturday, January 14, 2012

TERSEKSA MATA MEMANDANG........

Sabda Rasulullah s.a.w;
“akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang,di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. Mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga ,serta tidak dapat menghidu baunya dan sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan.”(sokhih bukkhori)
Zaman sekarang sudah ramai umat islam tidak endah dengan hukum hakam yang telah ditetap kan oleh agama. Antaranya kaum wanita, ramai di antara wanita di luar sana beragama islam tetapi memakai SELUAR KETAT dan LEGGING di kyalayak ramai dan menjadi  tontonan lelaki-lelaki yang bukan suami.  Mungkin banyak umat islam kini hanya islam pada nama.
Ramai wanita islam menyangka memakai legging dengan alas an “apa salahnya pakai legging ,asal pakai baju labuh”. Hakikatnya,wanita islam tetap tidak boleh memakai seluar yang kain nipis dan ketat  terutamanya “LEGGING”.seluar jeans yang ketat pun sudah dipersetujui HARAM oleh para alim agama, apatah LEGGING yang sudah jelas-jelas mengikut bentuk betis ,peha dan punggung mereka.
“apakah kamu tidak mengetahui bahawa paha adalah aurat?”(riwayat imam abu daud,tarmiza dan malik.menurut imam at-tarmizi;hadis ini hasan).
Sebab-sebab HARAM pakai legging adalah:
1.       Berpakaian tetapi telanjang.
a)warna fabrik  kain atau seluar sama warna dengan warna dengan kulit.
b)fabrik kain terlalu nipis.
c)fabrik  terlalu  lembut dan apabila lembut ia nampakkan alur bentuk badan wanita itu.
d)tidak longgar(ketat) maka ia mengikut potongan badan seperti betis,peha,bentuk dada dan pinggang.
       2. mana boleh campur aduk pakaiaan tutup aurat dengan pakaian seksi.
            ˜tudung + baju labuh dan longgar + seluar longgar= HALAL
           ˜tudung + baju sendat dan kontot + seluar ketat dan legging= HALAM...???
               Tudung +baju labuh + legging= HALAM...???
3.       legging itu pakaian berunsur fetish seksual.
4.       Pemujaan kecantikan wajah dan bentuk badan hanya untu suami.

Fikir-fikirkan lah: Fikirkanlah yang mana jalan yang terbaik untuk semua umat islam. Kalu nak pakai jugak kena fikir lah apa yang orang akan terima sekali apabila memandang kita. Jangan la bagi mata orang terseksa memandang kalian.. ingat la wahai manusia bahawa perkara diatas adalah salah satu perkara yang menyumbang ke arah perzinaan.  Dan akhir sekali jangan sekali-kali guna ayat esok mati kubur kita masing2 dan hidup kita lain2 “hidup ang ,ang punya pasal.. hidup aku jangan nak menyibuk ”. Itu memang betul tapi fikirlah sapa yang akan menguruskan jenazah kita esok. Adakah kita yang akan menggali,mengurus,memandi ,mengkafan,mengembumikan dan membaca talkim..
Kalu kita guna ayat tu mampu kah kita mengurus semua itu sendiri???????


Idea oleh WMRWM & MHCM