brutal

brutal

Saturday, July 30, 2011

Botox haram....

Botox haram - Majlis Fatwa benarkan suntikan hanya untuk kegunaan perubatan dalam keadaan darurat

Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan, suntikan botox untuk tujuan kosmetik adalah haram kerana mengandungi bahan meragukan dan bersifat najis.

Bagaimanapun, suntikan itu dibenarkan untuk tujuan perubatan dengan syarat penggunaannya dikategori sebagai dalam keadaan darurat dan berdasarkan keperluan serta dilakukan oleh pakar bertauliah.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Datuk Abdul Shukor Husin, berkata ketetapan itu diambil selepas pihaknya meneliti laporan kajian pakar tempatan dan luar negara termasuk dari Asia Barat.

Beliau berkata, kajian mendapati botox atau Botulinum Toxin Type A antara lain mengandungi bahan daripada babi, selain wujudnya bahan tiruan yang boleh mendatangkan mudarat.

“Suntikan botox juga boleh memberi kesan sampingan yang memudaratkan dari aspek fizikal serta dalaman dan ini diakui sendiri ahli pakar.

“Berdasarkan semua pandangan dan pertimbangan kita, muzakarah memutuskan suntikan botox haram digunakan,” katanya pada sidang media selepas muzakarah itu di sini semalam.

Baru-baru ini, dua pensyarah syariah Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohd Nasran Mohamad dan Ahmad Dahlan Salleh, menyifatkan kaedah rawatan menegangkan kulit muka menggunakan suntikan botox sebagai satu penipuan serta mengubah kejadian Allah.

Dalam kertas kerja bertajuk ‘Pembedahan Kosmetik Menurut Perspektif Islam’, mereka menegaskan suntikan botox haram kerana tidak mematuhi peraturan am dalam proses menjaga dan mencantikkan wajah yang dibenarkan Islam.

Kertas kerja itu dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Produk Halal 2006 anjuran Sekretariat Falsafah, Universiti Sains Malaysia (USM) pada 13 Julai lalu.

Prof Abdul Shukor berkata, muzakarah itu turut memutuskan bahawa wanita boleh dilantik menjadi hakim syarie dengan syarat memiliki kebolehan, kewibawaan, kelayakan dan pengalaman diperlukan.

Bagaimanapun, katanya, hakim syarie wanita tidak boleh mengadili kes hudud dan qisas.

“Kita melihat kepada aspek keperluan dan kebolehan mereka tetapi pelantikan mereka mesti dilakukan secara teratur dan menjalani proses ketat seperti pelantikan hakim syarie lelaki kerana bukan semua orang layak menjadi hakim syarie.

“Soal sama ada mereka (wanita) akan dilantik menjadi hakim syarie selepas itu atau sebaliknya bergantung kepada negeri kerana itu bidang kuasa mereka. Kita hanya memberi pandangan,” katanya.

Beliau berkata, muzakarah turut menetapkan aliran pemikiran Islam liberal sebagai fahaman menyeleweng dan tidak berasaskan kebenaran dari sudut syariat Islam.

“Pandangan Islam liberal didapati boleh membawa kepada kerosakan akidah, termasuk fahaman bahawa semua agama adalah sama manakala akal adalah asas yang menentukan semua perkara.

“Aliran Islam liberal ini turut meragui ketulenan al-Quran dan kedudukan Nabi Muhammad, justeru kita tidak boleh menerimanya,” katanya.

INFO

1 - Botox Ejen saraf yang digunakan dalam bidang kecantikan untuk rawatan kedutan dengan melumpuhkan otot wajah.
2 - Kos RM1,500 setiap suntikan.
3 - Sumber Boleh didapati di pusat perubatan dan rawatan kecantikan.
4 - Kegunaan perubatan Antara kaedah rawat masalah otot akibat cerebral palsy.


Negara asal : Malaysia

Badan yang mengisu fatwa : Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan
Penulis/Ulama : 
Veena Rusli

Monday, July 25, 2011

simpan janggut.....

Soalan 3: Adakah Berjanggut Tanpa Miasai Menyerupai Orang Yahudi?

Saya menyimpan janggut, dan suatu hari saya ditegur oleh seorang kawan yang tiba-tiba menyuruh memotong janggut saya. Bila saya bertanya kenapa, jawabnya: “Kalau menyimpan janggut tanpa bermisai sama menyerupai orang Yahudi”. Saya menjawab bahawa saya pernah mendengar satu ceramah di televisyen Brunei, kalau saya tidak silap Pehin Mufti sekarang (sebelum beliau dilantik sebagai mufti) bahawa barang siapa menyimpan janggut, waiman janggut itu ‘sejemput’ [sedikit], ianya adalah mengikut sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam

Soalnya sekarang, dapatkah kiranya Pehin memberi penjelasan daripada cerita saya ini untuk renungan dan panduan supaya saya tidak merasa was-was tentang penyimpanan janggut.

Jawapan

الحمد لله رب العالمين والصلاة واللام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه ومن تبعه بإحسان إلى يوم الدين, وبعد




Erti al-Lihyat

Janggut dan jambang itu disebut dalam bahasa arabnya al-lihyah iaitu rambut atau bulu yang tumbuh di kawasan dua pipi dan dagu. Demikian menurut al-Fairuz Abadi dalam al-Qamus al-Muhith.

Nabi Harun ‘Alaihissalam Berjanggut

Berjanggut dan berjambang itu sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaiahi wasallam, amalan para sahabat nabi ‘Alaihimussalam. Di antara nabi-nabi yang berjanggut yang disebutkan oleh al-Quran ialah Nabi Harun abang kepada Nabi Musa ‘Alaihissalam. Nabi Harun lebih tua tiga tahun daripada Nabi Musa.

Firman Allah Ta’ala:


قال يبنؤم لا تأخذ بلحيتى ولا برأسى

(سورة طه :94)


Tafsirnya: “Nabi Harun berkata: “ Wahai anak ibuku, janganlah engkau meragut janggutku dan menarik rambutku.”

(Surah Thaha: 94)

Menurut sejarah , apabila Nabi Musa dan Nabi Harun ‘Alaihimassalam bersama Bani Israel selamat daripada kejaran Firaun dan tenteranya, Nabi Musa ‘Alaihissalam pergi munajat seorang diri ke gunung Tursina selama empat puluh hari dan meninggalkan Bani Israel di bawah jagaan Nabi Harun ‘Alaihimassalam. Kemudian Allah Ta’ala memberitahu Nabi Musa ‘Alaihissalam bahawa di kalangan Bani Israel telah terjadi fitnah aqidah selepas ditinggalkannya.

Fitnah berkenaan ialah penyelewengan aqidah Bani Israel dengan mempertuhankan patung sapi emas hasil pahatan salah seorang Bani Israel yang bernama Samiri. Sebaik-baik saja Nabi Musa 'Alaihissalam pergi bermunajat, Samiri memahat patung sapi yang dibuatnya daripada emas. Setelah siap patung itu, Samiri mendakwa itulah tuhan Nabi Musa 'Alaihissalam dan itulah juga tuhan Bani Israel. Maka Bani Israel menyembah patung emas itu. Nabi Harun 'Alaihissalam ada bersama mereka, tetapi tidak dapat berbuat apa-apa dan tidak berupaya menghalang mereka.
Sebaik saja Nabi Musa 'Alaihissalam kembali daripada bermunajat dan setelah melihat penyelewengan aqidah Bani Israel itu, Nabi Musa 'Alaihissalam pun terus memegang dan menarik janggut dan rambut abangnya, Nabi Harun 'Alaihissalam kerana kesal terhadap penyelewengan Bani Israel sedangkan Nabi Harun 'Alaihissalam ada bersama mereka.
Oleh sebab tindakan Nabi Musa 'Alaihissalam memegang dan menarik janggut dan rambut Nabi Harun 'Alaihissalam itu, maka itulah sebabnya Nabi Harun 'Alaihissalam berkata:
“Wahai anak ibuku, jaganlah engkau meragut janggutku dan menarik rambutku," sebagaimana yang diceritakan Allah Ta'ala dalam surah Thiihii di atas.

Kisah janggut Nabi Hamn 'Alaihissalam yang dipegang Nabi Musa 'Alaihissalam ini, menjadi dalil kepada para ulama yang berpendapat bahawa amalan berjanggut itu disyariatkan dalam Islam dan menjadi sunnah nabi-nabi.






Tujuan Berjanggut

Amalan berjanggut dan berjambang itu juga merupakan suatu tanda untuk membezakan cara hidup orang musyrik dan Majusi kerana orang musyrik dan Majusi tidak suka berjanggut, tetapi menyukai menyimpan misai.

Hadis-Hadis Mengenai Janggut Dan Jambang

Adapun perintah memelihara janggut itu banyak kali ditegaskan dalam hadis-hadis Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, antaranya:

عن ابن عمر رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم أحفوا الشوارب وأعفوا اللحى

(رواه البخاري ومسلم)

Maksudnya : “Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma katanya: “ Rasulullah Shallallahu ‘alahai wasallam bersabda: “Kamu cukurlah misai dan peliharalah janggut kamu.”

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)



عن ابن عمر رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم خالفوا المشركين وفروا اللحى وأحفوا الشوارب

(رواه البخاري ومسلم)

Maksudnya: “Diriwayatkan daripda Hbn Umar Radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Berbezalah kamu daripada orang-orang musyrik iaitu kamu pelihara janggut dan cukurlah misai.”

Dalam hadis yang lain Baginda bersabda:

جزوا الشوارب وأرخوا اللحى, خالفوا المجوس

(رواه مسلم)

Maksudnya: “Guntinglah misai dan panjangkanlah janggut, elakkanlah daripada mengikut orang-orang Majusi.”

عن عائشة قالت : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :عشر من الفطرة : قص الشارب وإعفاء اللحية

(رواه مسلم)



Maksudnya: “Daripada ‘Aisyah katanya: “Telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alahai wasallam: “ Sepuluh perkara daripada fitrah (kebiasan nabi-nabi) iaitu mengunting misai dan memanjangkan janggut.”

(Hadis riwayat Muslim)


عن ابن عمر عن النبي صلى الله عليه وسلم, أنه قال : أمرنا بإحفاء الشوارب وإعفاء اللحية
(رواه مسلم)


Maksudnya: "Daripada Ibnu 'Umar, daripada Nabi Shallallahu 'alaihi was allam, sesungguhnya dia berkata:
"Kami diperintahkan supaya mencukur misai dan membiarkan janggut panjang. "




Hadis-Hadis Melarang Mencukur Janggut


Mencukur janggut dan memelihara misai itu adalah budaya atau cara hidup orang-orang Yahudi dan Nashrani. Oleh kerana itu orang Islam diperintahkan supaya berkeadaan sebaliknya tidak mengikut budaya mereka itu. Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:

عن أبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : أعفوا الحى وخذوا الشوارب وغيروا شيبكم ولا تشبهوا باليهود والنصارى

(رواه احمد)


Maksudnya: "Daripada Abu Hurairah, katanya: "Bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam: "Kamu simpanlah janggut dan kamu potonglah misai, serta janganlah kamu mencontohi Yahudi dan Nashrani. "

(Hadis riwayat Ahmad)


روى أن رجلا من المجوس جاء إلى النبي صلى الله عليه وسلم وقد حلق لحيته وأطال شاربه فقال له النبي صلى الله عليه وسلم ما هذا؟ قال : هذا ديننا قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :لكن فى ديننا أن يحفي الشوارب وأن نعفي اللحية

(رواه ابن ابي شيبة)

Maksudnya: 'Diceritakan bahawa seorang lelaki daripada kalangan Majusi datang mengadap Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam, dan lelaki ini telah mencukur janggutnya dan memanjangkan misainya. Lalu Baginda bertanya: "Apa (yang engkau lakukan) ini?" Lelaki itu menjawab: "Beginilah ajaran agama kami. " Kemudian Baginda berkata: "Akan tetapi dalam agama kami (Islam) hendaklah kami memotong misai dan membiarkan janggut kami panjang. "

(Hadis riwayat Ibnu Abu Syaibah)


Para Sahabat Radhiallahu ‘Anhum Berjanggut

Melalui keterangan yang diperolehi daripada hadis shabJI1 atsar dan sirah, para sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam tidak mencukur janggut mereka sebagaimana keterangan berikut ini:

كان أبو بكر كث اللحية وكان عثمان رقيق اللحية طويلها وكان على عرض اللحية
(رواه الترمزي)


Maksudnya: "Adalah janggut Abu Bakar itu lebat adapun Uthman jarang (tidak lebat) janggutnya tetapi panjang, sedangkan Ali tebal janggutnya. "

(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Menurut kata Imam al-Bukhari:

كان ابن عمر يحفي شاربه حتى يرى إلى بياض الجلد

Ertinya: "Ibnu 'Umar menipiskan misainya sehingga kelihatan kulitnya yang putih. "(Fat!! al-Bari: 11/524)


وكان ابن عمر إذا حج أو اعتمر قبض على لحيته فما فضل أخذه
(رواه البخاري)


Maksudnya: "Semasa Ibnu 'Umar mengerjakan haji atau umrah, beliau menggenggam janggutnya, mana yang lebih (daripada genggamannya) dipotong. "

Daripada keterangan-keterangan di atas, jelas membuktikan bahawa para sahabat adalah berj anggut kerana mencontohi amalan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam.



Paendapat Mazhad Syafi’e Tentang Janggut


Menurut Imam an-Nawawi dalam Syarh Shahih Muslim bahawa janggut itu tidak dicukur, katanya:


والمختار ترك اللحية على حالها وألا تيعرض لها بتقصير شيء أصلا والمختار في الشرب ترك الاستئصال والإقتصار على ما يبدو به طرف الشفة

Ertinya: "Bahawa pendapat yang terpilih, ialah membiarkan janggut mengikut keadaan semula jadinya, dan pada dasarnya tidak mengapa-apakannya, walau menggunting sedikitpun daripadanya, dan pendapat yang terpilih pada misai pula ialah tidak memotongnya habis, cukup memendekkannya setakat jelas kelihatan tepi bibir. "


Menurut kitab al-Majmu' karangan aI-Imam an-Nawawi, kata al-Khithabi dan ulama-ulama selainnya: "Janggut itu disimpan, dibiarkan dengan tidak digunting. Mengguntingnya adalah makruh seperti perbuatan orang-orang a 'jam (bukan Islam). (1/342)


Berdasarkan kepada keterangan hadis-hadis di atas, berjanggut itu bukan sahaja amalan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam dan para sahabat Baginda, bahkan menjadi amalan juga kepada para nabi sebagaimana keterangan al-Qur'an tentang janggut Nabi Harun 'Alaihissalam. Sementara mencukumya pula bertentangan dengan sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam. Adapun ungkapan: "Menyimpan janggut tanpa misai sarna menyerupai orang Yahudi" adalah tidak betul.

kecantikan bukan segalanya........

Alangkah malangnya zaman yang kita lalui sekarang adalah zaman yang penuh dengan fitnah. Di zaman ini, setiap wanita yang tidak menjaga agama cuba menunjukkan kecantikan masing-masing. kalau boleh hendak sahaja ditunjukkan segala-galanya kepada lelaki. dan itulah yang telah berlaku. buka bukan setakat muka sahaja, bahkan bentuk badan cuba ditunjukkan seluas-luasnya kepda lelaki. bentuk badan diperagakan kepada lelaki dengan berpakaian ketat walaupun memakai tudung. Jika diwaktu dahulu, pakaian ketat hanyalah dipakai oleh pelakon dan penyanyi, sekarang pakaian ketat dipakai oleh hampir kesemua wanita islam tanpa segan silu. Di zaman ini, yang berpakaian seperti telanjang itulah yang dikatakan mengikut peradaban zaman dan muslimah yang menutup aurat itulah yang dikatakan ketinggalan zaman.
maka benarlah ramalan rasulullah tentang akhir zaman
"Dua golongan di antara penghuni neraka yang belum aku lihat keduanya: suatu kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka gunakan untuk memukul orang-orang; perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang cenderung dan mencenderungkan orang lain, rambut mereka seperti punuk unta yang miring. Mereka ini tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium aroma surga. Sesungguhnya aroma surga itu boleh dicium sejauh perjalanan demikian dan demikian. " 
(HR Muslim)
Imam Muslim meriwayatkannya dari Zuhair bin Harb, dari Jarir, dari Suhail dari bapaknya (yakni Abu Shalih), dari Abu Hurairah. Hadis tersebut juga diriwayatkan oleh Ibn Hibban dalam Shahîh-nya dan Imam Ahmad dalam Musnad-nya.
sungguh benar nabi muhammad dalam ramalan ini.
bertambah bahaya lagi apabila setiap iklan dan poster menonjolkan wanita cantik. setiap pelakon drama dan penyanyi mestilah wanita cantik. hatta produk sabun dan pakaian sekalipun menonjolkan wanita cantik. maka masyarakat kita secara tidak sedar sudah meletakkan piawaian yang tinggi bagi kecantikan wanita. "wanita mestilah cantik" atau "wanita yang kurang cantiknya maka kuranglah darjat sebagai wanta".
wanita-wanita islam mula terpengaruh dengan budaya dan pakaian yang ditunjukkan di dalam TV. sebab itulah TV adalah satu saluran berbahaya yang boleh mempengaruhi pemikiran anak-anak muda muslim. apa yang ditunjukkan di dalam TV, maka itulah perkara yang kita akan ikut. sebab itulah kerosakan akhlak bukan sahaja berlaku di bandar-bandar, bahkan juga berlaku di kampung-kampung kerana keracunan fikiran anak muda Islam melalui media massa.
 Oleh itu, marilah kita bersama-sama merenung semula hadis rasulullah s.a.w itu. adakah kita mahu jadi umat nabi yang tidak tahu bersyukur. Apa yang kita ketahui nabi kita sangat menyayangi umatnya....

Wednesday, July 13, 2011

Istiqamah Lebih Baik Dari 1000 Karamah

Berkata Imam Abu Qasim Al Qusyairi,
"Ketahuilah sesungguhnya wali2 Allah yang haq mendapat taufik untuk kekal istiqamah untuk mengerjakan ketaatan dan terpelihara dari mengerjakan maksiat.[ Mahfuz] ISTIQAMAH ini lebih baik dari seribu karamah yang menyalahi adat.”

Sebagaimana kata sesetengah orang A ‘rif
“Istiqamah itu terlebih baik daripada seribu keramat. Ini kerana kadang-kadang dianugerahkan keramat yang menyalahi adat bagi orang belum sempurna Istiqamah.”

Berkata Syeikh Ibnu Ibad (rh) dalarn syarahannya,
“Keramat yang sebenar itu ialah jika terhasil Istiqamah dan sampai kepadanya kesempurnaan".

Tempat kembali lstiqamah itu kepada Dua:
Pertama: Sah keimanan kepada Allah A ‘zzawajalla.
Kedua: Patuh dan mengikut apa yang didatangkan oleh Rasulullah (saw) sama ada zahir maupun batin. Oleh itu, wajib ke atas hamba itu jangan berasa tamak melainkan kepada kedua-duanya. “

Keramat yang menyalahi adat tidak diakui sah oleh ulama yang sebenar kerana kadang-kadang keramat yang menyalahi adat itu dianugerahkan kepada orang yang belum sempurna lstiqamah.

Berkata Abul Hasan Asy-Syazali(ra)
”Bahawa adat lstiqamah itu ada dua keramat yang saling berhimpun dan saling meliputi antara satu sama lain.
Pertama: Keramat lman iaitu bertambah yakin dan syuhud yang nyata dengan mata kepala.
Kedua: Keramat Amal iaitu mengikut dan patuh akan suruhan Allah Taala dan menjauhkan segala dakwaan dan tipu daya.

Setiap keramat yang tidak disertai keredhaan daripada Allah Taala maka orang yang memilikinya akan mendapat kebinasaan dan kerugian.

Berkata Saiyidi Abul Abbas AI-Murasi (ra),
“Bukanlah maksud keramat itu, orang yang mampu menggulungkan bumi, kemudian tiba-tiba dia berada di Mekah dan di negeri-negeri lain tetapi maksud keramat yang sebenarnya ialah orang yang dapat menggulungkan segala sifat hawa nafsunya maka tiba-tiba ia sampai kepada Tuhannya.”

Diberitahu orang kepada Sahl bin Abdullah (ra) tentang beberapa tanda keramat dan keramat-keramat yang menyalahi adat. Maka berkata (ra)
“Apa tandanya, keramat-keramat yang menyalahi adat itu tetap akan hilang pada waktunya, tetapi keramat-keramat yang amat besar itu Allah Taala sendiri menggantikan perangai yang jahat yang ada pada diri anda dengan perangai yang terpuji.”

Diberitahu orang kepada Abi Muhammad AI-Murtaa’syi (ra),
“Sesungguhnya si Polan itu dapat berjalan di atas air.”
Maka dijawab oleh (ra) hamba yang ditetapkan hatinya oleh Allah Taala untuk menyalahkan hawa nafsunya itu lebih besar keramatnya daripada orang yang berjalan di atas air dan terbang di udara.

Berkata Abu Yazid (ra)
“Sesungguhnya jika seorang lelaki mendirikan sembahyang di atas air dan duduk bersila di atas udara, maka janganlah anda terpedaya dengan keadaan demikian hinggalah anda meneliti dan mempastikan sama ada ia ada mengerjakan suruhan Allah Taala dan menjauhi larangan-Nya.”

Seorang memberitahu kepada Abu Yazid (ra) bahawa ada orang mengatakan si Polan itu dapat sampai ke Mekah dalam masa satu malam saja.
Maka dijawab oleh (ra) “Syaitan juga boleh melakukannya dalam sekelip mata saja dari timur ke barat, padahal ia dilaknati Allah.”
Kata seorang lagi, kepada (ra) “Sesungguhnya si Polan dapat berjalan di atas air.” Maka dijawab oleh (ra), “Ikan di dalam air dan burung terbang di udara, hairankah anda dengan keadaan demikian?”
Berkata Imam Junaid (ra) “Terdinding hati orang-orang yang teristimewa itu (khas) jika hanya tertumpu kepada segala kenikmatan yang lazat yang berupa anugerah Allah Taala dan terhenti kepada keramat-keramat.”

Bagi Ahli Allah, keramat-keramat yang paling baik dan afdhal ialah keramat Ma ‘nawi seperti :
Ma ‘rifat Allah Taala,
Berasa teramat cinta kepada-Nya,
Selalu mengagung-agungkan-Nya,
Berasa malu dan takut kepada-Nya,
Segera menunaikan segala suruhan-Nya
dan menjauhkan segala larangan-Nya,
Melaksanakan ketaatan seperti tidak mengatakan dirinya yang melakukan ketaatan dan kebaikan melainkan nikmat daripada Allah Taala semata-mata, disamping kurniaan dan rahmat-Nya.
Oleh itu, sudah tentu mereka berasa gembira dengan keadaan demikian. Sebagaimana firman Allah Taala:

Ertinya,
“Katakanlah, dengan kurnia Allah Taala dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurniaan Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan (lebih baik daripada mereka yang mengatakan amalannya daripada dirinya sendiri).” (Surah Yunus, ayat 58)
Firman Allah Taala lag:
Ertinya, “Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah daripada Allah Taala.” (Surah An-Nisa’: 79).
———————————–
Sumber:
KITAB AD DARUN NAFIS
Sheikh Muhammad Nafis Idris Al Banjar

Tuesday, June 7, 2011

Kisah Nabi Ayyub a.s.....

Nabi Ayyub ‘alaihissalam adalah salah seorang Nabi yang terkenal dengan kesabarannya, maka mari kita mengambil iktibar dari kisah beliau berikut ini dan semoga kisah ini dapat menambah kesabaran kita. Amiin.

Para ahli tafsir, ahli sejarah, dan ilmuwan lainnya mengatakan: Ayyub ‘alaihissalam adalah seorang yang mempunyai banyak kekayaan dengan aneka ragam wujudnya, baik binatang ternak maupun tanah pertanian yang membentang di daerah Hauran.”Ibnu ‘Asakir (di kitab tarikh Dimasq) menceritakan: Semuanya itu adalah miliknya. Disamping itu dia mempunyai anak dan anggota keluarga yang sangat banyak. Lalu semua kekayaan itu diambil darinya, kemudian Nabi Ayyub a.s diuji dengan berbagai macam penyakit, sehingga tidak ada satu pun anggota tubuhnya yang sihat selain hati dan lidahnya yang selalu berzikir kepada Allah Ta’ala. Dengan penderitaan itu ia tetap sabar dan tabah serta selalu berzikir kepada Allah Ta’ala siang dan malam hari, pagi dan keesokan hari.

Penyakit yang dideritanya itu berlangsung cukup lama hingga dia dipulau dan diusir dari kampungnya. Tidak ada yang menaruh kasihan kecuali isterinya saja, di mana dia selalu memberikan perhatian yang dalam, dan dia tidak melupakan dan tetap menghargai kebaikan dan kasih sayang Ayyub ‘alaihissalam di masa lalu. Isterinya tidak henti-hentinya mengurus segala yang diperlukannya, termasuk membantunya buang hajat dan memenuhi semua keperluannya sehingga keadaan isterinya semakin lemah dan hartanya semakin berkurang, hingga dia bekerja pada orang lain untuk dapat memberi makan suaminya serta mengubati suaminya-mudah-mudahan Allah meredhainya dan memberikan keredhaan kepadanya-.Namun dia tetap sabar dan tabah dengan peristiwa yang menimpanya dan dengan hilangnya kekayaan dan anak dari sisinya serta penderitaan yang datang bertubi-tubi setelah sebelumnya dia merasakan kenikmatan dan kemuliaan. Maka Innaa lillaahi wa Innaa ilaihi raaji’un (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami akan kembali)

Dan dalam hadiths shahih riwayat Timidzi, Ibnu Majah, Ahmad dll ditegaskan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Orang yang mendapat cubaan paling berat adalah para Nabi, lalu orang-orang yang sepertinya dan orang yang sepertinya,seseorang diuji sesuai kadar agamanya, apabila agamanya kuat maka bertambah besar pula ujiannya, dan apabila agamanya lemah maka dia diuji sesuai kadar agamanya. Dan sentiasa seseorang mendapat ujian sampai dia berjalan di atas bumi dan tidak menanggung dosa.”(shahih riwayat Ahmad,Ibnu Majah dll)

Ujian dan cubaan itu tidak menambah Ayyub ‘alaihissalam melainkan kesabaran, pujian, dan rasa syukur. Kisah di atas merupakan contoh kesabaran Ayyub ‘alaihissalam, serta beratnya bala’ dan ujian yang ia hadapi.

Para ahli tafsir dan sejarah berbeza pendapat mengenai masa cubaan yang dijalaninya.Dan yang benar adalah sebagaimana disebutkan di dalam sunnah yang shahih.

Dari Anas bin Malik Radhiyallahu ‘anhu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda, “Sesungguhnya Nabi Allah Ayub’alaihissalam diuji dengan musibah tersebut selama lapan belas tahun, dimana keluarga dekat serta keluarga yang jauh telah menolaknya dan mengusirnya kecuali dua orang laki-laki dari saudara-saudaranya, dimana keduanya telah memberinya makan dan mengunjunginya. Kemudian pada suatu hari salah seorang dari kedua saudaranya itu berkata kepada saudaranya yang satu, ‘Demi Allah tahukah kamu, bahwa Ayub telah melakukan suatu dosa yang belum pernah dilakukan siapa pun di dunia ini.’ Sahabatnya itu bertanya, ‘Dosa apakah itu?.’ Saudaranya tadi berkata, ‘Selama lapan belas tahun Allah tidak merahmatinya, sehingga menimpalah apa yang yang menimpanya.’ Ketika keduanya mengunjungi Ayub ‘alaihissalam maka salah seorang dari kedua saudaranya itu tidak dapat menahan kesabarannya, sehingga ia menyampaikan pembicaraan tersebut kepadanya. Ayub ‘alaihissalam menjawab, ‘Aku tidak mengetahui apa yang kamu berdua bicarakan, kecuali Allah Ta’ala mengetahui; bahwa aku pernah berjalan melewati dua orang laki-laki yang berselisih,lalu keduanya menyebut-nyebut nama Allah.Lalu aku kembali ke rumahku dan menutup diri dari keduanya, kerana merasa benci nama Allah disebut, kecuali dalam masalah yang haq.’”

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Ketika Ayub ‘alaihissalam pergi menunaikan hajatnya maka isterinya memegang tangannya hingga selesai. Suatu hari isterinya datang terlambat dan Ayub ‘alaihissalam menerima wahyu, ‘Hantamkanlah kakimu; inilah air yang sejuk untuk mandi dan minum.’ (Shad: 42) Ketika isterinya datang dan bermaksud menemuinya, maka ia melayangkan pandangannya dalam keadaan terpegun, dan Ayub AS menyambutnya dalam rupa dimana Allah telah menyembuhkan penyakit yang dideritanya, dan rupanya sangat tampan seperti semula. Ketika isterinya melihatnya, seraya bertanya, ‘Semoga Allah memberkatimu, apakah engkau melihat Nabi Allah yang sedang diuji? Demi Allah, bahwa aku melihatnya mirip denganmu saat ia sihat.’ Ayub ’alaihissalam menjawab, ‘Sesungguhnya aku ini adalah dia.’ Ketika itu di hadapannya terdapat dua buah gundukan yaitu gundukan gandum dan jewawut. Kemudian Allah mengirim dua buah awan, dimana ketika salah satunya menaungi gundukan gandum, maka tercurah padanya emas hingga penuh, sedangkan pada gundukan jewawut tercurah mata wang hingga penuh.” (HR. Abu Ya’la, 3617, yang dishahihkan al-Hakim (2/581-582) dan Ibnu Hibban (2091) serta al-Albani dalam kitab Shahîh-nya no. 17).

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi, beliau bersabda:“Setelah menyembuhkan Ayyub ‘alaihissalam, Allah menurunkan hujan berupa belalang emas kepadanya. Lalu Ayyub mengambil sebahagian darinya dengan tangannya dan memasukannya ke dalam bajunya.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :”Ketika Ayyub sedang mandi dalam keadaan telanjang, tiba-tiba sekumpulan belalang emas bersujud, kemudian Ayyub meraupnya dan memasukkan ke bajunya, lalu Rabbnya berseru kepadanya :’Hai Ayyub, bukankah Aku telah menjadikan kamu kaya seperti yang kamu saksikan?’Ia menjawab:’Benar, ya Rabbku, tetapi tiada pernah aku merasa cukup dari berkah-Mu.’”

Dan fiman Allah Ta'ala:

“Hantamkanlah kakimu”(QS.Shaad:42)

Artinya, hentakkanlah kakimu ketanah. Maka Ayyub ‘alaihissalam pun mentaati perintah-Nya, Sehingga Allah Ta’ala membuatkan sumber air yang jernih, lalu menyuruhnya mandi dan minum dari air tersebut. Setelah mandi dan meminum air itu, maka lenyaplah semua penyakit yang dideritanya selama ini, baik yang lahir maupun yang bathin. Dan setelah itu Allah Ta’ala menggantinya dengan kesihatan lahir dan bathin, ketampanan yang sempurna dan harta kekayaan yang melimpah, Bahkan Allah Ta’ala juga menurunkan hujan belalang emas kepadanya, serta mengembalikan keluarganya, sebagaimana yang difirmankan-Nya:

“Dan Kami Anugerahkan ia dengan mengumpulkan kembali keluarganya dan Kami tambahkan kepada mereka sebanyak mereka pula” (QS.Al-Anbiyaa’:84)

Ada yang berpendapat:”Allah Ta’ala menghidupkan mereka secara keseluruhan.”Dan ada lagi yang menyatakan:”Allah Ta’ala memberikan ganti kepadanya ketika di dunia dan menyatukan mereka kembali bersamanya kelak di akhirat.”
Dan firman-Nya :

“Sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah. (QSAl-Anbiyaa’:84)

Maksudnya, Kami hilangkan kesusahan yang dideritanya dan Kami lenyapkan penderitaanya sebagai rahmat dari Kami sekaligus kasih sayang dan kebaikan Kami kepadanya.

“Dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang beribadah kepada Allah. (QS.AlAnbiyaa’:84)

Yaitu, sebagai peringatan bagi orang yang mengalami cubaan, baik fisik, harta kekayaan, mahu anak keturunannya. Maka hendaklah dia menjadikan Nabi Ayyub ‘alaihissalam sebagai suri tauladan, di mana beliau pernah diuji oleh Allah dengan cubaan yang lebih berat, lalu dia bersabar sehingga Allah menyembuhkannya kembali.

Dan setelah itu, Nabi Ayyub ‘alaihssalam sempat menjalani hidup selama tujuh puluh tahun di negeri Romawi dengan memeluk agama yang hanif, adapun orang-orang yang setelahnya mereka merubah agama Ibrahim ‘alaihissalam

Monday, June 6, 2011

25 Wasiat Luqman Hakim Kepada Anaknya

Bicara Luqman dengan anaknya menerusi satu riwayat dalam kitab Tafsir Rahul Ma'ani dan Kitab Hidayatul Mursyidin, diriwayatkan telah memberikan anaknya dua puluh lima wasiat iaitu: 

1. Hai anakku, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakkal kepada Allah.

2. Hai anakku, janganlah engkau menelan terus sesuatu makanan kerana manisnya dan janganlah terus engkau memuntahkan sesuatu barang kerana pahitnya. Kerana manis itu belum tentu mendatangkan kesegaran dan pahit itu belum tentu mendatangkan musibah.

3. Hai anakku, apabila engkau ingin mencari teman sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan perkara yang menaikkan kemarahannnya. Bila mana dalam kemarahan itu dia masih berusaha untuk menginsafkan engkau maka bolehlah engkau ambil sebagai teman dan sekiranya bukan demikian maka berhati-hatilah engkau terhadapnya.

4. Perbaikilah tuturkatamu, halus budi bahasamu dan manis wajahmu, kerana engkau akan disukai orang melebihi sukanya terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga kepadanya.

5. Hai anakku, janganlah engkau terlalu mudah ketawa kalau bukan perkara yang menggelikan, jangan engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau menanyakan sesuatu yang tidak ada gunanya bagi diri kamu dan janganlah engkau mensia-siakan harta dunia kamu.

6. Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke bakul sampah, kelak diri kamu akan menjadi pengemis yang membebankan orang lain. Sebaliknya jangan engkau rangkul dunia ini dan meneguk habis airnya, kerana sesungguhnya semua yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan orang bodoh dan orang yang bermuka dua, kerana akan membahayakan diri kamu.

7. Hai anakku, apabila engkau berteman, jadikanlah dirimu orang yang tidak pernah mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarlah dia mengharapkan sesuatu daripadamu.

8. Jadikanlah dirimu dalam setiap perkara sebagai seorang yang tidak berhajatkan kepada pujian atau menagih sanjungan dari orang lain, kerana penguasaan riya' itu akan menyebabkan diri kamu beroleh kecelakaan.

9. Hai anakku, janganlah engkau cenderung kepada dunia semata-mata dan hatimu jangan disibukkan dengan urusan dunia semata-mata, kerana engkau diciptakan oleh Allah bukan untuk urusan dunia sahaja. Sesungguhnya tidak ada orang yang lebih hina melainkan orang yang terpedaya dengan dunia semata-mata.

10. Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata busuk, kotor dan kasar kerana engkau akan lebih selamat apabila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar dirimu mendatangkan manfaat kepada orang lain.

11. Hai anakku, bukanlah sesuatu kebaikan namanya apabila engkau selalu mencari ilmu tetapi tidak engkau mengamalkannya. Hal itu tidak ubahnya seperti orang yang mencari kayu bakar, setelah banyak terkumpul maka dia tidak mampu memikulnya, padahal dia masih terus mengumpulkannya.

12. Janganlah engkau makan atau minum yang berlebihan kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu akan merosakkan diri dan pemikiranmu dan alangkah baiknya makanan yang lebih itu diberikan kepada anjing sahaja.

13. Barangsiapa yang penyayang, sudah tentu akan disayang, sesiapa yang suka berdiam diri sudah tentu akan selamat daripada berkata-kata tentang perkara yang mengandungi racun dan barang siapa yang tidak mampu menahan lidahnya daripada berkata kotor, sudah tentu akan menyesal.

14. Hai anakku, bergaul mesralah dengan orang alim dan berilmu. Perhatikanlah kata-kata dan nasihatnya kerana sesungguhnya akan sejuk hati kamu mendengar nasihatnya, akan hiduplah hatimu dengan cahaya hikmah dari mutiara kata alim ulama bagaikan tanah yang subur disiram air hujan.

15. Hai anakku, bila engkau mengahdapi dua pilihan, menjenguk orang mati atau menghadiri pesta perkahwinan, maka hendaklah engkau memilih menjenguk orang mati. Sebab menziarah orang mati itu akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat, sedangkan menghadiri pesta perkahwinan itu hanya akan mengingatkan kamu kesenangan dunia.

16. Makanlah makananmu bersama-sama orang yang taqwa dan musyawarahlah segala urusanmu dengan para alim ulama dengan cara memohon nasihat daripadanya.

17. Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat daripada orang lain, akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah swt.

18. Hai anakku, seandainya orang tuamu memarahimu, maka marahnya itu sebagai siraman air bagi tanam-tanaman yang kering kontang.

19. Jauhilah dirimu dari berhutang kerana sesungguhnya berhutang itu akan menjadikan dirimu hina di siang hari dan hina di malam hari.

20. Selalulah berharap kepada Allah agar menjauhkan kamu daripada sesuatu yang menyebabkan kamu menderhaka kepada-Nya. Takutlah kepada Allah dengan benar-benar takut, tentulah engkau akan terlepas dari sifat putus asa daripada rahmat Allah swt.

21. Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu yang besar dan besi yang amat berat tetapi adalah lebih berat daripada itu semua apabila engkau mempunyai jiran yang jahat.

22. Hai anakku, janganlah sekali-kali engkau mengirimkan utusan melalui orang bodoh dan jahat. Maka bila tidak ada orang yang baik dan cerdik, sebaiknya engkau sendiri sahajalah yang menjadi utusan.

23. Jauhilah sejauh-jauhnya sifat dusta, sebab berrdusta itu enak sekali mengerjakannya bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja perbuatan dusta yang dilakukan, akibat dan bahayanya amat besar.

24. Hai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah di dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka orang itu akan sentiasa tawadhuk kepada Allah, dia akan lebih dekat kepada Allah dan sentiasa menghindarkan dirinya daripada melakukan maksiat.

25. Hai anakku, seorang pendusta itu akan hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa memikirkan dan mengkhayalkan perkara-perkara yang tidak benar. Ketahuilah bahawa memindahkan batu besar yang berat dari tempat asalanya adalah lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang-orang yang tidak mahu mengerti

Wednesday, June 1, 2011

3 Perkara Berat Tentang Solat



"Sesungguhnya sembahyang itu sangat besar dan berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk."






Sembahyang 5 waktu secara lahirnya tidak berat kerana bacaan tidaklah panjang, tidak perlu masa yang lama sekitar 15 - 20 minit, boleh dilakukan di mana-mana. Ia juga tidak memerlukan perbelanjaan wang yang banyak, tidak menyusahkan dan tidak memenatkan. Tetapi mengapa Allah menyebut besar dan berat melainkan pada orang-orang yang khusyuk?






Khusyuk yang dimaksudkan ialah orang mukmin yang jiwa tauhidnya mendalam, rasa kehambaan melekat kuat dan dibawa ke mana-mana. Rasa cinta dan takutnya dengan Tuhan menguasai jiwa mereka. Mereka mudah kerjakan solat dalam kehidupan, bahkan rindu serta seronok mengerjakannya kerana mereka dapat bercakap-cakap, melepaskan perasaan rindu dan meminta ampun. Sembahyang sentiasa ditunggu waktunya hingga tidak sabar menunggunya dan terasa terlalu pendek. Oleh itu mereka banyakkan sembahyang sunat.






Berat ada 3 peringkat






A. Berat sebelum melakukan sembahyang






Bagi orang Islam yang hatinya tidak khusyuk oleh itu mereka merasa berat dan beban dengan sembahyang. Orang begini tidak akan menunggu waktu sembahyang. Apabila khusyuk dengan Tuhan tiada, sudah tentu ada perkara lain yang kita agung-agungkan yang menjadi otak dan jiwa kita mungkin banyak atau mungkin sedikit seperti cintakan glamour, anak isteri, kemasyhuran atau kesusahan ataupun semuanya. Orang yang begini tentu berat dan susah dengan sembahyang sebab gangguan kehidupan. Oleh sebab itu tidak larat untuk bersembahyang dan kalau dilakukan hanya fizikalnya sahaja sembahyang, fikiran dan hati tidak sembahyang.






Contoh - contoh berat sebelum sembahyang :


1. Bila rasa sayang meninggalkan kerja. Ketika mengerjakannya rasa terpaksa dan terseksa.


2. Bila sedang bersukaria dengan anak isteri tentu berat untuk sembahyang. Sembahyang pula dilakukan lewat dan tidak dari hati.


3. Apabila sedang mesyuarat, sembahyang dipandang berat, maka sembahyang dipandang kecil dan kerana bimbang dengan mesyuarat. Lalu tertinggal atau qada' maka tidak khusyuklah solat.


4. Apabila sedang berkelah/berseronok dengan kawan-kawan sudah tentu sembahyang tidak diambil kiradan dipandang ringan. Apabila kenduri kendara kita jiwai supaya tiada cacat celanya maka sembahyang dilupai atau dilakukan dengan rasa terpaksa.


5. Waktu musafir badan terasa letih, asyik dengan pemandangan dan seronok hingga terpesona maka berat untuk melakukan sembahyang.


6. Apabila jiwa bertuhan tiada dan jiwa lemah, sembahyang tetap berat dan nak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi untuk melaksanakan ikrar di dalam sembahyang.






Oleh itu orang yang hanya berfikiran tauhid bukan berjiwa tauhid tetap berat untuk sembahyang. Apa yang diingati oleh orang yang tak khusyuk di dalam sembahyang ialah perkara yang dijiwainya selain dari Allah dan ia besarkan maka itulah yang ringan dan mudah dilakukan. Ingatan inilah yang menggantikan ingatan pada Allah. Kawan-kawan, anak isteri, mengira-ngira duit, setiap kesusahan, dendam kesumat dan setiap apa yang dijiwai sama ada seronok atau susah itulah yang datang dalam sembahyang.






B. Berat semasa sembahyang






Bila rasa bertuhan tiada, sembahyang rasa terpaksa. Oleh itu sembahyang dilakukan dengan cepat-cepat. Maka mengerjakan


sembahyang terasa penat. Berat, jemu, tak sabar, lambat, tidak bertenang-tenang lebih-lebih tak sabar untuk hayati/faham setiap lafaz yang dibacanya. Akhirnya dibaca tanpa roh. Jika tarikan dunia lebih daripada itu maka masuklah perkara-perkara lain. Dan sembahyang dirasakan penat, jemu dan akhirnya boleh sampai tinggal sembahyang






C. Berat menunaikan tuntutan sembahyang






Dia seronok dengan sembahyang tetapi tak faham tuntutan sembahyang. Sewaktu sembahyang berbagai ikrar dibuat. Contohnya meminta jalan yang lurus iaitu jalan rasul-rasul dan ingin hidup ikut jalan Allah dalam seluruh aspek hidup. Ikrar dan janji yang sama diulang lima kali sehari.






Bagi orang yang khusyuk terasa amat takut dan bimbang. Oleh itu bila selepas sembahyang mereka sungguh-sungguh ikut ajaran Islam. Maka bimbang takut tak dapat laksanakan. Bezanya dengan orang yang berjiwa tauhid ialah mereka selalu lupa dan bohong dengan Tuhan. Janji tidak ditunaikan dengan Tuhan bahkan lupa dan tidak sungguh-sungguh. Orang yang khusyuk hatinya sentiasa takut seolah-olah belum menunaikan janjinya. Mereka yang tidak khusyuk tak sungguh-sungguh tunaikan janji kerana tarikan kepada Tuhan telah lemah. Oleh itu kehendak Allah walaupun telah berjanji tetapi amat berat untuk dikerjakan. Oleh itu berjanji untuk hidup ikut syariat tetapi yang diikut ialah teori-teori akal. Sembahyang tidak dikaitkan dengan ekonomi, politik dan sosial. Membangunkan sembahyang ertinya membangunkan tamadun. Contohnya di dalam sembahyang memerlukan kain.






Perusahaan untuk membuat kain adalah fardhu kifayah bagi umat Islam, dari sini akan lahir teknologi pertanian, kejenteraan, pengangkutan, import ekspot dan lain-lain lagi. Sebab itu kita lihat banyak tamadun Islam yang dibangunkan oleh orang-orang dulu