brutal

brutal

Monday, July 25, 2011

simpan janggut.....

Soalan 3: Adakah Berjanggut Tanpa Miasai Menyerupai Orang Yahudi?

Saya menyimpan janggut, dan suatu hari saya ditegur oleh seorang kawan yang tiba-tiba menyuruh memotong janggut saya. Bila saya bertanya kenapa, jawabnya: “Kalau menyimpan janggut tanpa bermisai sama menyerupai orang Yahudi”. Saya menjawab bahawa saya pernah mendengar satu ceramah di televisyen Brunei, kalau saya tidak silap Pehin Mufti sekarang (sebelum beliau dilantik sebagai mufti) bahawa barang siapa menyimpan janggut, waiman janggut itu ‘sejemput’ [sedikit], ianya adalah mengikut sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam

Soalnya sekarang, dapatkah kiranya Pehin memberi penjelasan daripada cerita saya ini untuk renungan dan panduan supaya saya tidak merasa was-was tentang penyimpanan janggut.

Jawapan

الحمد لله رب العالمين والصلاة واللام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه ومن تبعه بإحسان إلى يوم الدين, وبعد




Erti al-Lihyat

Janggut dan jambang itu disebut dalam bahasa arabnya al-lihyah iaitu rambut atau bulu yang tumbuh di kawasan dua pipi dan dagu. Demikian menurut al-Fairuz Abadi dalam al-Qamus al-Muhith.

Nabi Harun ‘Alaihissalam Berjanggut

Berjanggut dan berjambang itu sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaiahi wasallam, amalan para sahabat nabi ‘Alaihimussalam. Di antara nabi-nabi yang berjanggut yang disebutkan oleh al-Quran ialah Nabi Harun abang kepada Nabi Musa ‘Alaihissalam. Nabi Harun lebih tua tiga tahun daripada Nabi Musa.

Firman Allah Ta’ala:


قال يبنؤم لا تأخذ بلحيتى ولا برأسى

(سورة طه :94)


Tafsirnya: “Nabi Harun berkata: “ Wahai anak ibuku, janganlah engkau meragut janggutku dan menarik rambutku.”

(Surah Thaha: 94)

Menurut sejarah , apabila Nabi Musa dan Nabi Harun ‘Alaihimassalam bersama Bani Israel selamat daripada kejaran Firaun dan tenteranya, Nabi Musa ‘Alaihissalam pergi munajat seorang diri ke gunung Tursina selama empat puluh hari dan meninggalkan Bani Israel di bawah jagaan Nabi Harun ‘Alaihimassalam. Kemudian Allah Ta’ala memberitahu Nabi Musa ‘Alaihissalam bahawa di kalangan Bani Israel telah terjadi fitnah aqidah selepas ditinggalkannya.

Fitnah berkenaan ialah penyelewengan aqidah Bani Israel dengan mempertuhankan patung sapi emas hasil pahatan salah seorang Bani Israel yang bernama Samiri. Sebaik-baik saja Nabi Musa 'Alaihissalam pergi bermunajat, Samiri memahat patung sapi yang dibuatnya daripada emas. Setelah siap patung itu, Samiri mendakwa itulah tuhan Nabi Musa 'Alaihissalam dan itulah juga tuhan Bani Israel. Maka Bani Israel menyembah patung emas itu. Nabi Harun 'Alaihissalam ada bersama mereka, tetapi tidak dapat berbuat apa-apa dan tidak berupaya menghalang mereka.
Sebaik saja Nabi Musa 'Alaihissalam kembali daripada bermunajat dan setelah melihat penyelewengan aqidah Bani Israel itu, Nabi Musa 'Alaihissalam pun terus memegang dan menarik janggut dan rambut abangnya, Nabi Harun 'Alaihissalam kerana kesal terhadap penyelewengan Bani Israel sedangkan Nabi Harun 'Alaihissalam ada bersama mereka.
Oleh sebab tindakan Nabi Musa 'Alaihissalam memegang dan menarik janggut dan rambut Nabi Harun 'Alaihissalam itu, maka itulah sebabnya Nabi Harun 'Alaihissalam berkata:
“Wahai anak ibuku, jaganlah engkau meragut janggutku dan menarik rambutku," sebagaimana yang diceritakan Allah Ta'ala dalam surah Thiihii di atas.

Kisah janggut Nabi Hamn 'Alaihissalam yang dipegang Nabi Musa 'Alaihissalam ini, menjadi dalil kepada para ulama yang berpendapat bahawa amalan berjanggut itu disyariatkan dalam Islam dan menjadi sunnah nabi-nabi.






Tujuan Berjanggut

Amalan berjanggut dan berjambang itu juga merupakan suatu tanda untuk membezakan cara hidup orang musyrik dan Majusi kerana orang musyrik dan Majusi tidak suka berjanggut, tetapi menyukai menyimpan misai.

Hadis-Hadis Mengenai Janggut Dan Jambang

Adapun perintah memelihara janggut itu banyak kali ditegaskan dalam hadis-hadis Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, antaranya:

عن ابن عمر رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم أحفوا الشوارب وأعفوا اللحى

(رواه البخاري ومسلم)

Maksudnya : “Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma katanya: “ Rasulullah Shallallahu ‘alahai wasallam bersabda: “Kamu cukurlah misai dan peliharalah janggut kamu.”

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)



عن ابن عمر رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم خالفوا المشركين وفروا اللحى وأحفوا الشوارب

(رواه البخاري ومسلم)

Maksudnya: “Diriwayatkan daripda Hbn Umar Radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Berbezalah kamu daripada orang-orang musyrik iaitu kamu pelihara janggut dan cukurlah misai.”

Dalam hadis yang lain Baginda bersabda:

جزوا الشوارب وأرخوا اللحى, خالفوا المجوس

(رواه مسلم)

Maksudnya: “Guntinglah misai dan panjangkanlah janggut, elakkanlah daripada mengikut orang-orang Majusi.”

عن عائشة قالت : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :عشر من الفطرة : قص الشارب وإعفاء اللحية

(رواه مسلم)



Maksudnya: “Daripada ‘Aisyah katanya: “Telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alahai wasallam: “ Sepuluh perkara daripada fitrah (kebiasan nabi-nabi) iaitu mengunting misai dan memanjangkan janggut.”

(Hadis riwayat Muslim)


عن ابن عمر عن النبي صلى الله عليه وسلم, أنه قال : أمرنا بإحفاء الشوارب وإعفاء اللحية
(رواه مسلم)


Maksudnya: "Daripada Ibnu 'Umar, daripada Nabi Shallallahu 'alaihi was allam, sesungguhnya dia berkata:
"Kami diperintahkan supaya mencukur misai dan membiarkan janggut panjang. "




Hadis-Hadis Melarang Mencukur Janggut


Mencukur janggut dan memelihara misai itu adalah budaya atau cara hidup orang-orang Yahudi dan Nashrani. Oleh kerana itu orang Islam diperintahkan supaya berkeadaan sebaliknya tidak mengikut budaya mereka itu. Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:

عن أبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : أعفوا الحى وخذوا الشوارب وغيروا شيبكم ولا تشبهوا باليهود والنصارى

(رواه احمد)


Maksudnya: "Daripada Abu Hurairah, katanya: "Bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam: "Kamu simpanlah janggut dan kamu potonglah misai, serta janganlah kamu mencontohi Yahudi dan Nashrani. "

(Hadis riwayat Ahmad)


روى أن رجلا من المجوس جاء إلى النبي صلى الله عليه وسلم وقد حلق لحيته وأطال شاربه فقال له النبي صلى الله عليه وسلم ما هذا؟ قال : هذا ديننا قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :لكن فى ديننا أن يحفي الشوارب وأن نعفي اللحية

(رواه ابن ابي شيبة)

Maksudnya: 'Diceritakan bahawa seorang lelaki daripada kalangan Majusi datang mengadap Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam, dan lelaki ini telah mencukur janggutnya dan memanjangkan misainya. Lalu Baginda bertanya: "Apa (yang engkau lakukan) ini?" Lelaki itu menjawab: "Beginilah ajaran agama kami. " Kemudian Baginda berkata: "Akan tetapi dalam agama kami (Islam) hendaklah kami memotong misai dan membiarkan janggut kami panjang. "

(Hadis riwayat Ibnu Abu Syaibah)


Para Sahabat Radhiallahu ‘Anhum Berjanggut

Melalui keterangan yang diperolehi daripada hadis shabJI1 atsar dan sirah, para sahabat Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam tidak mencukur janggut mereka sebagaimana keterangan berikut ini:

كان أبو بكر كث اللحية وكان عثمان رقيق اللحية طويلها وكان على عرض اللحية
(رواه الترمزي)


Maksudnya: "Adalah janggut Abu Bakar itu lebat adapun Uthman jarang (tidak lebat) janggutnya tetapi panjang, sedangkan Ali tebal janggutnya. "

(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Menurut kata Imam al-Bukhari:

كان ابن عمر يحفي شاربه حتى يرى إلى بياض الجلد

Ertinya: "Ibnu 'Umar menipiskan misainya sehingga kelihatan kulitnya yang putih. "(Fat!! al-Bari: 11/524)


وكان ابن عمر إذا حج أو اعتمر قبض على لحيته فما فضل أخذه
(رواه البخاري)


Maksudnya: "Semasa Ibnu 'Umar mengerjakan haji atau umrah, beliau menggenggam janggutnya, mana yang lebih (daripada genggamannya) dipotong. "

Daripada keterangan-keterangan di atas, jelas membuktikan bahawa para sahabat adalah berj anggut kerana mencontohi amalan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam.



Paendapat Mazhad Syafi’e Tentang Janggut


Menurut Imam an-Nawawi dalam Syarh Shahih Muslim bahawa janggut itu tidak dicukur, katanya:


والمختار ترك اللحية على حالها وألا تيعرض لها بتقصير شيء أصلا والمختار في الشرب ترك الاستئصال والإقتصار على ما يبدو به طرف الشفة

Ertinya: "Bahawa pendapat yang terpilih, ialah membiarkan janggut mengikut keadaan semula jadinya, dan pada dasarnya tidak mengapa-apakannya, walau menggunting sedikitpun daripadanya, dan pendapat yang terpilih pada misai pula ialah tidak memotongnya habis, cukup memendekkannya setakat jelas kelihatan tepi bibir. "


Menurut kitab al-Majmu' karangan aI-Imam an-Nawawi, kata al-Khithabi dan ulama-ulama selainnya: "Janggut itu disimpan, dibiarkan dengan tidak digunting. Mengguntingnya adalah makruh seperti perbuatan orang-orang a 'jam (bukan Islam). (1/342)


Berdasarkan kepada keterangan hadis-hadis di atas, berjanggut itu bukan sahaja amalan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam dan para sahabat Baginda, bahkan menjadi amalan juga kepada para nabi sebagaimana keterangan al-Qur'an tentang janggut Nabi Harun 'Alaihissalam. Sementara mencukumya pula bertentangan dengan sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam. Adapun ungkapan: "Menyimpan janggut tanpa misai sarna menyerupai orang Yahudi" adalah tidak betul.

No comments:

Post a Comment